The Stig
The Stig

The Stig

The Stig ialah seorang watak misteri dalam rancangan TV permotoran British, Top Gear. Watak ini sentiasa menyorokkan identiti sebenarnya dengan sentiasa memakai topi keledar pelumba kereta yang menutup seluruh mukanya. Watak ini dicipta oleh penyampai Jeremy Clarkson dan penerbit rancangan, Andy Wilman. 'Stig' ialah nama timangan untuk pelajar-pelajar baru di Sekolah Repton yang pernah dihadiri oleh mereka berdua. Walaupun hanya terdapat seorang Stig 'utama', namun ada beberapa lagi Stig 'sampingan' yang bergelar "sepupu Stig".The Stig bertanggungjawab untuk mencatat masa pusingan untuk kereta-kereta yang diuji dalam rancangan, serta membimbing tetamu kehormat dalam segmen "Star in a Reasonably Priced Car". (see 'Role' below) Setakat ini, peranan Stig telah dipegang oleh tiga orang bersilih ganti. Stig yang pertama bermula di episod 1, tetapi dihapuskan dalam episod pertama musim ke-3. Stig kedua muncul dalam episod seterusnya dan berkekalan hingga musim ke-15. Stig ketiga mengambil alih pada Disember 2010.Pihak BBC sentiasa enggan mengesahkan secara rasmi identiti pelakon watak Stig. Oleh itu, di Internet sentiasa ada yang tertanya-tanya siapakah The Stig sebenarnya. Identit Stig 'Hitam' yang asal, Perry McCarthy, didedahkan oleh akhbar Ahad selepas siri pertama pada Januari 2003. McCarthy mengakui bahawa dirinya ialah 'The Stig' dalam edisi kedua autobiografinya yang diterbitkan selepas siri kedua, dan kini diterima umum, termasuk juga media BBC, sebagai pemeran watak Stig yang sulung. Identiti Stig kedua pula didedahkan dalam autobiografinya sendiri sebagai Ben Collins, seorang pelumba kereta profesional yang pernah menceburi Formula Tiga, Indy Lights, kereta sport, lumba GT dan kereta stok.

Rujukan

WikiPedia: The Stig http://findarticles.com/p/articles/mi_qn4161/is_20... http://transmission.blogs.topgear.com/2009/06/20/j... http://live.topgear.com/world_tour/worldtour2009/n... http://www.topgear.com/uk/videos/stig-revealed? http://www.topgear.com/uk/videos/the-stig--hms-inv... http://www.amazon.co.uk/Flat-Out-Broke-Formula-Har... http://www.autotrader.co.uk/EDITORIAL/CARS/FEATURE... http://www.autotrader.co.uk/EDITORIAL/CARS/FEATURE... http://www.autotrader.co.uk/EDITORIAL/CARS/news/AU... http://news.bbc.co.uk/1/hi/entertainment/8111588.s...